Netflix Menghentikan Sokongan Aplikasi Pada Beberapa Televisyen Pintar Samsung

Dengan televisyen pintar pelbagai aplikasi boleh dipasang bagi membolehkan perkhidmatan tertentu diakses terus oleh pengguna. Antara aplikasi paling popular ialah Netflix. Tetapi bagi pengguna beberapa model televisyen pintar Samsung, aplikasi penstriman video ini akan berhenti berfungsi bermula 2 Disember 2019.

Televisyen pintar yang terjejas adalah yang dilancarkan pada tahun 2010 dan 2011. Menurut Netflix sokongan aplikasi dihentikan kerana kekurangan teknikal pada televisyen yang sudah agak berusia ini. Samsung mengesahkan hanya televisyen pintar pasca 2011 akan disokong oleh Netflix selepas tarikh di atas.

Sumber Samsung menerusi Engadget

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.