Netflix Sedang Menguji Kawalan Aplikasi Menggunakan Suara

Semalam kami melaporkan Netflix menunjukkan kawalan aplikasi mereka menggunakan gerakan mata. Prototaip ini amat berguna bagi pengguna yang mungkin tidak mempunyai jari untuk kawalan skrin sesentuh. Pada waktu yang sama Netflix juga mengesahkan mereka sedang menguji kawalan aplikasi menggunakan kawalan suara.

Ini didedahkan sendiri oleh Todd Yellin yang merupakan timbalan presiden bahagian produk di Netfli di dalam sesi bersama media sebentar tadi. Beliau menyedari kawalan suara menggunakan Alexa dan Google Assistant kini semakin popular di kalangan pengguna terutamanya di negara maju.

Tetapi beliau menegaskan fungsi kawalan suara yang diuji masih lagi dalam peringkat prototaip dan masih belum sedia diberikan kepada umum. Antara kekurangan sistem kawalan suara buat masa menurut beliau ialah kesukaran mengakses kandungan katalog berbanding sistem kawalan semasa.

Siapa tahun mungkin dalam masa beberapa tahun lagi kawalan menggunakan suara dan mata boleh disatukan dan pengguna tidak perlu lagi menggerakkan tubuh untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.