Netflix hari ini telah mengumumkan penyata kewangan bagi suku tahun berakhir suku kedua 2020. Melaluinya, Netflix mengumumkan mereka kini mempunyai lebih 192 juta pelanggan berbayar di seluruh dunia – sekaligus memperlihatkan peningkatan angka pelanggan berbayar berbanding tahun lepas.

Melaluinya, Netflix turut menyatakan sejumlah perkhidmatan lain yang menawarkan persaingan kepada platform mereka yang membawa kepada pertumbuhan yang sedikit perlahan.

Menariknya, selain daripada Apple dan beberapa yang lain, Netflix turut menyatakan TikTok yang memperlihatkan pertumbuhan drastik, selain membawa kepada era baru hiburan di internet.

Netflix juga turut menyatakan yang mana Apple dan Amazon turut mempertingkatkan pelaburan dalam kandungan premium, sementara perkhidmatan seperti Disney yang mula memasarkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri – sekaligus membawakan kepada persaingan yang lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.