Sebab utama pengguna membeli peranti Pixel dan Nexus ialah untuk mendapatkan kemaskini yang pantas terus dari pihak Google. Pengguna Pixel telahpun menerima kemaskini Android 8.0 Oreo minggu lalu namun Google tidak pula mengeluarkan kenyataan mengenai peranti Nexus 6P dan Nexus 5X.

Android OreoBagi pemilik Nexus 6P ada sedikit berita baik buat anda. Syarikat telekomunikasi Rogers mengesahkan kepada pelanggan mereka Android Orea akan diterima pada peranti Nexus 6P pada 11 September ini. Memandangkan kemaskini Nexus dilakukan serentak, pengguna di Malaysia mempunyai kebarangkalian menerimanya pada tarikh yang sama.

Kemaskini untuk Nexus 5X masih belum diketahui. Bagi pemilik peranti keluaran Huawei, Samsung, HTC,Nokia dan Sony ia akan diterima menjelang hujung tahun.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.