Nikmati Tawaran Diskaun Sehingga 70% Di Bazaar Raya Nirtunai PrestoPay

Hari ini, buat pertama kalinya PrestoPay telah melancarkan Bazaar Raya Nirtunai bersempena sambutan Aidilfitri di Quill City Mall. Apa yang menarik, pada acara ini pengguna tidak perlu menggunakan sebarang wang tunai, tetapi hanya perlu menggunakan aplikasi PrestoPay bagi setiap pembelian produk.

Untuk makluman anda, sebanyak 30 produk turut serta dalam acara bazaar ini. Antara kategori produk yang diperlihatkan pada bazaar ini adalah kecantikkan, fesyen, makanan, permainan dan kesihatan. Apa yang menarik, setiap produk menawarkan potongan harga diskaun sehingga 70% kepada pengguna. Tawaran ini sah bermula 16 Mei hingga 18 Mei 2019 ini.

Cheong Chia Chou – Ketua Pegawai Eksekutif PrestoPay Malaysia menyatakan selari dengan konsep acara ini iaitu nirtunai, ia adalah sebahagian daripada inisiatif mereka untuk menggalakkan pengguna mengaplikasikan kaedah pembayaran secara nirtunai. Malah, mereka juga menyasarkan seramai 10,000 pengguna akan hadir pada acara ini dengan jangkaan kutipan jualan sehingga RM1 juta.

Selain itu, PrestoPay juga turut mengadakan segmen khas iaitu Peraduan Belanja dan Menang. Segmen ini menyediakan 9 hadiah misteri kepada individu yang berbelanja paling tinggi sewaktu bazaar ini berlangsung, manakala, buat pengguna baharu PrestoPay, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri sehingga RM2,000.

Untuk anda yang ingin menikmati tawaran Bazaar Raya Nirtunai PrestoPay ini, bolehlah memuat turun aplikasi tersebut dan membuat pembelian di bazaar berkenaan.

Muat-Turun : Aplikasi PrestoPay

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.