Ninebot Menghasilkan Kit Yang Mengubah Papan Roda Menjadi Go-Kart

Papan roda (hoverboard) tidak lagi sepopular seperti dua tahun yang lalu. Beberapa masalah bateri yang meletup secara rawak menyebabkan jualannya diharamkan. Ia masih lagi dihasilkan oleh syarikat seperti Ninebot di China. Menyedari produk keluaran mereka ini mungkin kurang menarik, Ninebot mula menjual kita yang mengubah papan roda menjadi sebuah Go-kart.

Kit ini menambah tempat duduk, dua roda hadapan dan stereng kepada papan roda Segway miniPRO yang dihasilkan oleh mereka. Buat masa ini tiada harga dan tarikh jualan diumumkan. Hanya beberapa minggu yang lalu Segway memperlihatkan kasut roda elektrikDrift W1 mereka yang bakal dilancarkan di IFA 2018.

Sebelum itu pula Ninebot menghasilkan papan roda yang boleh berubah menjadi robot pembawa kargo. Papan roda mungkin tidak lagi popular tetapi teknologinya masih boleh diaplikasikan pada benda baru.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.