Nissan Menggunakan Teknologi Swapandu Kereta Pada Bola Golf

Nissan sudah membangunkan sistem swapandu ProPILOT 2 mereka sejak empat tahun kebelakangan ini. Hasilnya ialah kenderaan Nissan Skyline dengan kemampuan swapandu tahap 3 mula dijual tahun ini. Tetapi teknologi ini juga digunakan pada kerusi di hadapan restoran dan sandal swaparkir di onsen.

Terkini Nissan menggunakan teknologi swapandu yang sama pada bola golf. Dengan ProPILOT 2, bola golf yang pasti akan memasuki lubang padang golf setiap kali dipukul. Ia memastikan pemain yang menggunakan bola ini mempunyai kemampuan putting seakan Tiger Wolf. Bola golf ini hanya dihasilkan sekadar menunjukkan kemampuan ProPilot2 dan bukannya untuk digunakan di padang golf untuk mengelat.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.