HMD Global hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru memfokuskan mereka yang inginkan peranti berspesifikasi asas – atau beralih daripada telefon bimbit kepada telefon pintar, iaitu Nokia 1.4.

Nokia 1.4 menggunakan skrin 6.51-inci dengan resolusi 720p+, dijana cip Snapdragon 215, dan memori sehingga 3GB RAM dan storan 64GB.

Nokia 1.4 turut hadir dengan bateri 4000mAh, dan dicas menggunakan pengecas mikro-USB 5W. Ia diperkatakan mampu menawarkan masa penggunaan bateri selama 2 hari melaluinya.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini hadir dengan kaera utama 8-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 5-megapixel. Pengimbas cap jari turut diposisikan pada bahagian belakang peranti.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di Eropah sahaja, dan dijangka diperluaskan ke pasaran lain secara berperingkat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.