Nokia 2.3 Diumumkan Dengan Skrin 6.2 Inci, Cip Mediatek Helio A22

Nokia 2.3 Malaysia

Nokia 2.3 Malaysia

HMD Global baru sahaja menambah satu lagi peranti mampu milik di pasaran iaitu Nokia 2.3. Ia merupakan peranti Android One dengan skrin HD+ bersaiz 6.2 inci serta dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio A22 12nm SoC.

Peranti ini juga dijalankan pada Sistem Android 9.0 Pie yang dipasang pada 32GB memori dalaman serta 2GB RAM. Nokia 2.3 juga menawarkan dua kamera di belakang dengan lensa 13 MP dengan fungsi kamera AI, HDR serta kamera kedua 2MP untuk gambar portait.

Untuk selfie pula, peranti ini hadir dengan 5MP kamera dibahagian hadapan yang turut berfungsi sebagai pengecam wajah untuk membuka kunci oleh kerana peranti ini tidak memiliki pengesan cap jari.

Nokia 2.3 Malaysia

Nokia 2.3 Malaysia

Nokia 2.3 turut hadir dengan butang Google Assistant terbina, bateri 4000 mAh dengan jangka hayat sehingga dua hari. Ia boleh didapati dengan pilihan warna Cyan Green, Sand dan Charcoal.

Nokia 2.3 akan dijual pada harga 109 Euro atau sekitar RM500 untuk pasaran Malaysia. Nokia juga memberi jaminan bahawa peranti ini akan mendapat kemaskini Android 10 kelak.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.