TechSemut Malaysia

Nokia 3 Melepasi Sirim – Bakal Dipasarkan Tidak Lama Lagi?

Nokia 3 Melepasi Sirim – Bakal Dipasarkan Tidak Lama Lagi?

Nokia 3 Melepasi Sirim – Bakal Dipasarkan Tidak Lama Lagi?
Mei 10
11:10 2017

Sebelum ini, kita sedia mendengar yang mana Nokia 6 dan juga Nokia 3310 bakal ke pasaran tempatan. Kini, selain daripada kedua-duanya, Nokia 3 juga dijangka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Buat masa ini, Nokia 3 dengan kod TA-1032 telah pun melepasi Sirim dibawah Avaxx Corporation, iaitu pengedar rasmi produk Nokia untuk pasaran Malaysia.

Nokia 3 merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, dimana ia menggunakan skrin 5-inci dengan paparan 720p, cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Nokia 3 menggunakan kamera belakang dan hadapan 8-megapixel, selain versi Android dengan penambahan yang sangat minima.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Nokia 3 akan dipasarkan. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, tidak mustahil kita melihat Nokia 3 ini dipasarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com