Harga Nokia 3310 2017 Malaysia

Seperti desas-desus sebelum ini akhirnya peranti lagenda Nokia 3310 telah dilahirkan semula. Ianya masih lagi mengekalkan nama yang sama iaitu Nokia 3310, reka bentuk yang hampir sama dengan butang kekunci fizikal tetapi spesifikasinya jauh berbeza.

Nokia 3310 versi 2017 ini tidak menyertai smartphone lain dengan platform Android. Sebaliknya Nokia mengekalkan konsep telefon asas dengan beberapa spesifikasi yang ditambah baik berbanding versi lama.

Spesifikasi Nokia 3310 Yang Baru, 2.4 Inci Skrin Warna, 16MB Memori, 2MP Kamera

Rekaannya juga kini lebih nipis dan ringan serta lebih 4 pilihan warna termasuk merah, biru, kuning dan kelabu. Paparannya juga diganti dengan skrin berwarna bersaiz 2.4 inci dengan resolusi 240×320 pixel.

Harga Nokia 3310 2017 Malaysia

Processor dan RAMnya tidak diketahui. Namun Nokia 3310 ini terbina dengan memori dalaman sebesar 16MB. Slot microSD juga disediakan yang boleh menampung sehingga 32GB untuk mengisi lagu dan gambar.

Bercakap mengenai platformnya, Nokia 3310 dijalankan menggunakan Nokia Siri 30+ yang disertakan dengan aplikasi Opera Browser, permainan Snake dan sebagainya. Ia juga merupakan peranti dengan rangkaian 2G tanpa Wifi.

Harga Nokia 3310 2017 Malaysia

Dibahagian belakang, terdapat kamera 2 Megapixel dengan LED Flash. Tiada kamera selfie untuk peranti ini. Antara fungsi lain yang terdapat pada Nokia 3310 2017 ini termasuk FM Radio, Sokomgam Dual SIM, Lampu Suluh dan kapasiti Bateri 1200 mAh. Menurut Nokia, baterinya boleh bertahan selama 31 hari masa sedia, 51 jam masa mainan muzik, 22 jam mas bercakap dan 39 jam masa untuk Radio FM.

Harga Nokia 3310 Di Malaysia Sekitar RM200

Nokia 3310 versi 2017 ini akan dijual di pasaran Eropah dengan harga €49 tetapi tarikh jualannya tidak diumumkan. Untuk pasaran Malaysia pula, Harga Nokia 3310 2017 dijangka dibawah RM200.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.