TechSemut Malaysia

Nokia 6, 5 dan 3 Dilancarkan Di Malaysia

Nokia 6, 5 dan 3 Dilancarkan Di Malaysia

Nokia 6, 5 dan 3 Dilancarkan Di Malaysia
Mei 30
10:11 2017

Baru-baru ini kita telah menerima berita mengenai pelancaran Nokia 6, 5 dan 3 di peringkat antarabangsa, namun kini HMD Global, pengeluar telefon pintar Nokia, telah melancarkan ketiga-tiga model berkenaan di Malaysia pada harga yang berpatutan.

Nokia 6, 5 dan 3 Dilancarkan Di Malaysia

HMD Global telah melancarkan 3 telefon pintar iaitu Nokia 6, 5 dan 3 di Malaysia dan dengan pelancaran ini, ia tidak menumpukan pada spesifikasi terhebat, sebaliknya menumpukan kepada pengalaman penggunaan sehari-harian. Sebagai kekuatannya, ia menyasarkan untuk melancarkan telefon pintar premium dilengkapi versi Android tanpa sebarang bloatware. Ia juga akan menerbitkan kemaskini bulanan bagi menjamin keselamatan perantinya. Rekabentuk telefon pintar juga menjadi keutamaan di mana pengguna boleh merasakan kualitinya tidak mengira tahap harga peranti tersebut.

NOKIA 6

Nokia 6

Nokia 6 merupakan model yang mempunyai ciri-ciri terbaik antara 3 model baharu Nokia. Selain mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari dan mengggunapakai Android Nouget versi stok. Ia juga dilengkapi sepasang speaker pintar yang menerima sertifikasi Dolby Atmos. Ia bakal dijual pada harga RM999 pada bulan Jun ini.

Jika anda inginkan suatu yang lebih “mewah”, Nokia akan melancarakan versi Nokia 6 Arte Black yang dilengkapi bahagian belakang berwarna “glossy piano”, 4GB RAM dan ruang storan 64GB. Model ini adalah edisi terhad dan harganya serta terikh jualannya akan diumumkan kelak.

Ukuran: 154 x 75.8 x 7.85mm
OS: Android 7.1.1 Nougat
Saiz Skrin: 5.5-inci
Resolusi: 1920 x 1080
CPU: Snapdragon 430
RAM: 3GB/4GB
Storan: 32GB/64GB
Bateri: 3,000mAh
Kamera utama: 16MP
Kamera hadapan: 8MP

NOKIA 5

Nokia 5 merupakan model pertengahan di antara Nokia 6 dan Nokia 3 serta menawarkan rekabentuk lebih kompak berbanding ciri premium pada Nokia 6. Selain dari ciri-ciri yang disenaraikan di bawah, ia turut didatangkan dengan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai alat navigasi ke Home. Ia bakal dijual pada harga RM799 pada bulan Jun ini.

Ukuran: 149.7 x 72.5 x 8.05mm
OS: Android 7.1.1 Nougat
Saiz skrin: 5.2-inci
Resolusi: 1280 x 720
CPU: Snapdragon 430
RAM: 2GB
Storan: 16GB
Bateri: 3,000mAh
Kamera utama: 13MP
Kamera hadapan: 8MP

NOKIA 3

Nokia 3 merupakan model bajet antara 3 model terbaharu Nokia ini dan ia didatangkan pada harga yang sangat menarik. Ia didatangkan dengan spesifikasi seperti yang disenaraikan di bawah, namun tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari. Ia akan dijual pada harga RM599 pada permulaan atau pertengahan Jun ini.

Ukuran: 143.4 x 71.4 x 8.48mm
OS: Android 7 Nougat
Saiz skrin: 5-inci
Resolusi: 1280 x 720
CPU: MediaTek 6737 4-teras
RAM: 2GB
Storan: 16GB
Bateri: 2,650mAh
Kamera utama: 8MP
Kamera hadapan: 8MP

Walaupun HMD global sedang memfokuskan kepada jualan luar talian, ia sedang berusaha untuk menjual produknya secara atas talian. Di samping itu ia juga telah melancarkan Nokia Mobile Care Centres iaitu pusat perkhidmatannya yang mempunyai cawangan di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bahru, Melaka dan Johor Bahru.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com