TechSemut Malaysia

Nokia 6, Nokia 5, Dan Nokia 3 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM599

Nokia 6, Nokia 5, Dan Nokia 3 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM599

Nokia 6, Nokia 5, Dan Nokia 3 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM599
Mei 30
05:11 2017

Penantian untuk kembalinya jenama Nokia di Malaysia bakal berakhir. Selepas mengumumkan tiga telefon Android berjenama Nokia ketika acara MWC 2017 yang berlangsung di Barcelona pada penghujung Februari lalu, akhirnya, ketiga-tiga peranti Android ini memasuki pasaran Malaysia.

Nokia 6

Nokia 6 dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh.

Nokia 5 pula dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD HD,  pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh.

Akhir sekali Nokia 3 pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD HD,  pemproses MediaTek MT6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2650 mAh.

Ketiga-tiga telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android Nougat, dan pihak HMD Global menjanjikan kemaskini semasa bulanan untuk peranti Android ini.

Di Malaysia, Nokia 3 akan dijual pada harga RM599 bermula pertengahan Jun. Manakala Nokia 5 pada harga RM799 dan Nokia 6 pada harga RM999 pada penghujung bulan Jun.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com