Nokia 7.1 Plus Muncul Di TENAA – Berbeza Dengan Imej Pengolokan Sebelum Ini

Dua minggu lepas, imej pengolokan Nokia 7.1 Plus tertiris. Ia memperlihatkan rekaan skrin bertakuk serta menggunakan tetapan dwi-lensa dari Carl Zeiss. Kini, peranti ini muncul di dalam laman TENAA – tetapi sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sebelum ini.

Menurut laman TENAA, peranti yang dikatakan Nokia 7.1 Plus ini dijana dengan cip pemproses lapan-teras 2.2GHz yang berkemungkinan sekali adalah Snapdragon 710. Panel skrinnya pula adalah 6.12-inci FHD+ dengan nisbah 19:9. Kamera utama adalah dwi-lensa 12+13 megapixel dan kamera swafoto pula adalah 20 megapixel. Manakala, memori yang digunakan adalah pilihan 4/6 GB RAM dan 64/128 GB storan dengan sokongan kad mikroSD.

Rekaan yang muncul di dalam TENAA ini kelihatan selari dengan rekaan Nokia 5.1 Plus dan 6.1 Plus yang baru dilancarkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Nokia 7.1 Plus ini kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.