Berita Menarik

Nokia 7 Kini Rasmi – Diperkasakan Snapdragon 630 Dan Fungsi Kamera Bothie

Pembaca : 8
0 0

Nokia 7 kini rasmi dan ia adalah peranti dengan skrin 5.2″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4/6 GB RAM dan storan 64/128 GB. Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamra utama 16-Megapixel 1.12um f/1.8 dan kamera hadapan 5-Megapixel 1.4um f/2.0.

Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa pada peranti ini dan mengecas menggunakan port USB-C. Fungsi menarik Nokia 7 ialah mod gambar Bothie yang membenarkan gambar dari kedua-dua kamera diambil serentak. Ini adalah fungsi yang turut ditemui pada Nokia 8. Ia walaubagaimanapun masih menggunakan Android 7.1.1.

Ia akan dijual minggu hadapan di China dengan harga jualan untuk model 4/64GB ialah RMB 2,499 (~RM 1592) dan model 6/128GB ialah RMB 2,699 (~RM 1720).

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.