Nokia 8

Setelah tiga smartphone yang terdiri dari kelas permulaan dan pertenghan dilancarkan, Nokia kini telah bersedia untuk memperkenalkan smartphone High-End pertama semenjak perjanjian dengan Microsoft telah berakhir. HMD Global dijangka akan melancarkan peranti perdana Nokia 8 pada 31 July ini. Walau bagaimanapun masih belum ada kata rasmi dari Nokia mengenai pelancaran tersebut.

Beberapa gambar rasmi Nokia 8 juga telah tertiris di internet yang menawarkan rekaan premium dengan pilihan warna silver dan juga biru gelap. Bedasarkan gambar yang tertiris, Nokia 8 bakal hadir dengan skrin 2.5D dengan bezel nipis di sisi kiri dan kanannya. Bahagian bawahnya memaparkan pengimbas cap jari dan butang kapasitif.

Menarik di bahagian belakangnya adalah aturan dual-kamera dengan lensa Zeiss yang sudah tentu mengingatkan kita pada peranti Nokia 10 tahun lalu yang banyak menggunakan lensa Zeiss (ketika itu dikenali  sebagai Carl Zeiss) pada peranti perdananya.

Nokia 8 Malaysia Nokia 8 Malaysia
Gambar Nokia 8 Yang Tertiris 

Mengenai spesifikasi Nokia 8, masih lagi belum banyak didedahkan. Namun ia dikatakan bakal hadir dengan cip CPU Snapdragon 835 serta pilihan 4GB atau 6GB RAM. Paparannya pula berkemungkinan hadir dengan skrin 5.3 inci pada resolusi Quad-HD.

Peranti yang akan hadir dengan platform terkini Android 7.1 Nougat ini juga dikatakan dijual dengan harga jualan USD600 atau sekitar RM2599 di Malaysia.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.