Nokia 8 telah dilancarkan pada bulan Ogos dan memasuki pasaran tempatan awal bulan ini. Setakat ini hanya model dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB ditawarkan. Tetapi menurut laporan laman WinFuture, HMD Global bakal melancarkan model dengan spesifikasi lebih tinggi di Jerman pada 20 Oktober ini.

Nokia 8

Nokia 8 dengan memori 6GB dan storan 128GB bakal ditawarkan di negara kelahiran Mesut Ozil. Jerman adalah negara pertama yang akan menerima model baru ini tetapi perancangan menjualnya pada kesemua pasaran di masa hadapan masih belum diketahui.

Nokia 8 ialah peranti utama Nokia tahun ini dengan skrin 5.3″ IPS LCD QHD. dijana pemproses Snapdragon 835, sistem dwi kamera 13+13 Megapixel dan kamera selfie 13-Megapixel. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM2299.

Baca – Pandang Pertama: Nokia 8 – Flagship Berpatutan Dengan Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Zeiss

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.