Nokia 9 ialah peranti yang amat dinantikan peminat peranti syarikat yang berstatus legenda ini. Beberapa maklumat mengenainya telah diketahui tetapi hari ini rekaan peranti tersebut akhirnya tertiris sekaligus mengesahkan ura-ura sebelum ini.

Ia sebuah peranti dengan skrin 5.3″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 Gigabyte. Kamera utama adalah 13+13 Megapixel yang dipasang secara menegak. Seperti pada Huawei P10 kerana mempunyai mod monokrom. Ia masih mengekalkan sistem navigasi kapasitif pada bahagian dagu dan bicu audio 3.5mm. Ia akan menggunakan port pengecasan USB-C. Keseluruhan rekaan kurang jelas kerana ia ditutup dengan kerangka khas. Apakah pendapat anda tentang rekaan peranti utama Nokia ini? Menarik ataupun tidak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.