Berita Menarik

Nokia X5 Dilancarkan Dengan Skrin Bertakuk Serta Cip Helio P60

Pembaca : 13
0 0

Nokia X5 yang merupakan telefon pintar dengan skrin bertakuk kedua keluaran mereka telah dilancarkan sebentar tadi. Peranti ini dilengkapi skrin 5.86 inci IPS LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P60, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64GB RAM.

Kemampuan kamera utama pula ialah 13+5 Megapixel f/2.0 manakala kamera swafotonya pula sebesar 8-Megapixel. Terdapat sokongan Bothie dan Pro Camera seperti yang ditemui pada Nokia 8. Melengkapi spesifikasi ini ialah bateri sebesar 3060mAh dengan sokongan pengecasan 10W menerusi port USB-C.

Seperti peranti-peranti lain di pasaran, fungsi nyahkunci menggunakan wajah disertakan. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat diletakkan pada panel belakang bagi mereka yang lebih selesa menggunakan sistem biometri ini.

Di China Nokia X5 dijual pada harga RMB 999 (~RM 603) untuk versi 3GB/32GB dan RMB 1399 (~RM 846) untuk versi 4GB/64GB. Warna yang ditawarkan pula ialah hitam, putih dan biru. Adalah dipercayai Nokia X5 akan dijenamakan semula sebagai Nokia 5.1 Plus apabila memasuki pasaran global kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.