Carl Pei ialah salah seorang pengasas syarikat OnePlus. Tahun lalu beliau secara mengejut meninggalkan OnePlus selepas menjadi insan yang paling sinonim dengan jenama ini. Hari ini teka-teki mengenai perancangan beliau yang seterusnya terjawab dengan pengumuman nama syarikat baru beliau iaitu Nothing.

Nothing mempunyai misi membuang halangan akses antara manusia dan teknologi. Peranti pertama akan dilancarkan pada separuh tahun pertama 2021 tetapi Carl Pei tidak menjelaskan apakah produk tersebut. Dengan Nothing, teknologi yang digunakan dapat digunakan tanpa disedari tambah beliau.

Adakah ia sebuah telefon pintar yang direka khusus untuk peminat teknologi bagi mengisi kekosongan OnePlus yang telahpun kehilangan identiti sejak akhir-akhir ini? Jawapan hanya akan diketahui apabila produk pertama Nothing ditawarkan kepada umum.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.