Nothing merupakan syarikat baharu yang diterajui oleh Carl Pei – bekas pengasas OnePlus. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah produk pertama Nothing. Melalui temuramah bersama TheVerge, Carl Pei mengatakan mereka ingin menawarkan sejumlah produk dibawah ekosistem untuk menawarkan gaya hidup berhubung yang baik.

Bercakap lanjut juga, Carl Pei mengatakan Nothing akan menggunakan komponen yang direka khusus untuk mereka, sekaligus menawarkan rekaan yang berbeza berbanding pengeluar lain.

“Ada sebab mengapa pelbagai produk dipasaran hari ini tampak serupa. salah satnya adalah kerana mereka berkongsi komponen dan pengeluaran yang lebih kurang sama.”

Ditambah lagi, Carl Pei mengatakan Nothing tidak akan melabel semula produk orang lain. Ini sekaligus memberikan petanda Nothing akan membawa rekaan yang eksklusif dan berbeza berbanding pesaing yang lain.

Sebelum ini, OnePlus turut memulakan operasi dengan lebih kurang sama, tetapi akhir-akhir ini OnePlus dilihat menawarkan rekaan peranti yang lebih kurang sama seperti Oppo – sekaligus membuatkan beberapa peminatnya kurang mengemari langkah OnePlus.

Mungkin dengan misi baharu Nothing ini, kita akan dapat melihat penawaran peranti berbeza dan unik – lebih kurang sekitar dua dekad yang lepas sebelum era bermulanya telefon pintar.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.