Nubia hari ini telah memperkenalkan Red Magic 6 secara rasminya yang hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk skrin pada kadar segar semula tinggi, mencapai 165Hz.

Menariknya, selain daripada itu, Nubia turut memperkenalkan variasi Nubia Red Magic 6 edisi “Dao” yang hadir dengan rekaan lutsinar pada bahagian belakang.

Selain pada perbezaan rekaan, telefon pintar ini juga turut hadir dengan memori mencapai 18GB RAM – sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama dengan memori setinggi itu.

Spesifikasi lain yang ditawarkan adalah sama, termasuk pengoptimasian untuk permua, dijana Snapdragon 888, selain turut ditawarkan di China sahaja buat masa ini. Pelancaran versi global untuknya dijangka akan berlaku pada 16 Mac kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.