Nubia Play Diumumkan Dengan Skrin 144Hz AMOLED 6.65 Inci, Sekitar RM1499

Nubia Play Malaysia

Nubia baru sahaja mengumumkan perangti permainan mudah alih kelas pertenghan iaitu Nubia Play. Peranti ini mnenawarkan skrin AMOLED 6.65 inci dengan resolusi FHD+. Ia turut tampil dengan 144Hz kadar segar semula dan 240Hz kadar pensempelan sentuhan.

Dibahagian dalam, peranti ini dikuasai oleh pemproses Octa-Core Snapdragon 765G dengan GPU Adreno 620 serta hadir dengan memori sehingga 256GB dan sehingga 8GB RAM. Peranti dengan Android 10 ini juga hadir dengan bateri 5100mAh serta menyokong pengecasan pantas 30W.

Untuk kamera, Nubia Play membawakan empat lensa dibahagian belakang dengan lensa utama 48 Megapixel, 8 Megapixel kamera sudut lebar, 2 Megapixel kamera makro dan 2 Megapixel kamera pengesan kedalaman untuk mengambil gambar portrait.

Nubia Play Malaysia

Peranti dengan sokongan rangkaian 5G ini juga memiliki pengimbas cap jari dibawah skrin, port USB Type-C , sokongan NFC dan Dual-Band WiFi. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih dengan harga jualan di China 2399 yuan (RM1499) untuk model 6GB/128GB, 2699 yuan (RM1699) untuk model 8GB/128GB dan 2999 yuan (RM1899) untuk model 8GB/256GB.

Write a Comment

view all comments

*