Nubia Red Magic 3s Dengan Snapdragon 855+, Skrin 90Hz, Bateri 5000mAh, Berharga Bermula RM2299 Di Malaysia

Nubia merupakan salah satu pengeluar peranti yang sering hadir dengan penawaran menarik pada harga kompetitif. Terbaru, Nubia telah pun memperkenalkan Red Magic 3s secara rasminya pada bulan lepas, dan kini ia dijadualkan untuk pelancaran di Malaysia tidak lama lagi.

Melalui penyenaraian beberapa penjual, Nubia Red Magic 3s set rasmi tempatan bakal ditawarkan pada awal November 2019 kelak, pada harga bermula RM2299.

Nubia Red Magic 3s hadir dengan skrin 6.65-inci AMOLED dengan penawaran kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Untuk rakaman gambar, Nubia Red Magic 3s menggunakan kamera belakang 48-megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel.

Nubia Red Magic 3s

Dengan fokus terhadap permua, sejumlah ciri-ciri khusus disertakan, termasuk sokongan sistem dwi-penyejukkan untuk penawaran prestasi baik jangka masa panjang, lampu RGB dibahagian belakang, selain penawaran speaker stereo dibahagian hadapan.

Di Malaysia, Nubia Red Magic 3s ini dijangka ditawarkan pada harga RM2299 untuk model 8GB RAM / 128GB storan, dan RM2899 untuk 12GB RAM dan 256GB storan. Beberapa penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk peranti ini yang hadir dengan jaminan setahun Nubia Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.