TechSemut Malaysia

Nubia Z17S Dilancarkan – Peranti Utama Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

Nubia Z17S Dilancarkan – Peranti Utama Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

Nubia Z17S Dilancarkan – Peranti Utama Semua-Skrin Dengan Empat Kamera
Oktober 13
03:22 2017

Nubia ialah nama baru di dalam persada pasaran peranti pintar di Malaysia. Sebelum ini kami ada mengulas Nubia M2 yang merupakan peranti kelas pertengahan dengan kemasan premium. Semalam Nubia melancarkan peranti utama baru ia mereka Nubia Z17S. Ia sebuah lagi peranti utama dengan rekaan hampir semua-skrin bernisbah 17:9.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.73″ FHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6/8 GB dan storan 64/128 GB. Kamera utama pula sebesar 12+23 Megapixel f/1.8 dengan zoom optikal 2X. Turut disertakan ialah kemampuan mengambil gambar potret dengan kesan khas bokeh. Seperti kamera utama, kamera hadapan juga berkembar 5+5 Megapixel f/2.2. Bateri 3100 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas 26W NeoPower 3.0 melalui port pengecasan USB-C.

Nubia Z17S dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1921) untuk model 6GB/64GB dan RMB 3999 (~RM 2562) untuk model 8GB/128GB. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu biru dan hitam dengan kemasan berwarna emas.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com