Nurflix adalah platform penstriman video yang memfokuskan kandungan islamik. Ia adalah produk dari Sutera Hijau Ventures dan menawarakn kandungan yang mematuhi syariah. Seperti Apple TV+ dan Netflix, Nurflix turut ingin memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan asli dan eksklusif. Mereka dilaporkan menghabiskan RM40 juta untuk 12 siri pertama di platform ini.

Nurflix pada awalnya dilancarkan dalam bentuk beta sepanjang Oktober dan Disember 2020. Ketika itu masih tiada harga langganan lagi. Kini dengan rasa ingin tahu, dengan sengaja saya membuka Nurflix – saya kini sudah boleh mendaftar akaun dan mula melanggan. Harga langganan Nurflix dan pakej yang ditawarkan berbeza dengan platform lain. Ia hanya ada dua pakej dan tiada bayaran bulanan. Sebaliknya paling murah adalah Gold Membership dengan harga RM336 setahun untuk akses ke semua kandungan Nurflix Originals. Kemudian pakej kedua adalah Premium Package dengan harga RM3,600 untuk langganan sepanjang hayat termasuk akses selama 15 tahun untuk kandungan bayar-untuk-tonton (PPV, Pay-Per-View).

Ini bermakna sebulan adalah sekitar RM28 untuk pakej Gold dan RM20 sahaja untuk akses sepanjang hayat. Anda bayar sekali sahaja untuk setahun atau selamanya. Ini adalah strategi langganan yang berbeza dan tidak pasti ia akan menarik perhatian orang ramai. Syah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV mengatakan beliau menjangkakan Nurflix akan dapat hadir dengan 1000 tajuk kandungan eksklusif dalam masa 5 tahun lagi.

Harapnya Nurflix boleh tawarkan harga langganan bulanan atau berikan peluang akaun percubaan. Tetapi dalam ujian awal saya tadi, kebanyakan kandungan boleh sahaja diakses dan ditonton. Jadi tidak pasti apakah manfaat langganan ini. Ada banyak kategori seperti filem, siri TV, nasyid, dokumentari, kandungan untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi. Apa pendapat anda mengenai harga langganan ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.