NVIDIA Memperkenalkan Kad Grafik GeForce MX330 Dan MX350 Untuk Komputer Riba Ringan Dan Nipis

Siri cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX biasanya digunakan oleh pembuat-pembuat komputer untuk membolehkan komputer riba mereka mendapatkan prestasi pengolahan grafik yang lebih tinggi daripada bergantung kepada CPU sahaja.

NVIDIA baru-baru ini telah memperlihatkan siri cip pemprosesan grafik GeForce MX terbaru mereka melalui NVIDIA GeForce MX330 dan MX350 yang merupakan olahan semula cip grafik GP108 dan GP107 “Pascal” yang mula digunakan sekitar dua tahun dahulu.

Bermula dengan GeForce MX330, ia merupakan cip grafik GeForce MX150 yang dijenamakan semula, dan dilengkapi dengan 384 teras CUDA dan memori GDDR5 sebanyak 2GB.

Cip grafik GeForce MX350 pula menggunakan cip pemprosesan grafik yang sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, tetapi mempunyai jumlah teras CUDA yang lebih rendah pada 640 teras. dan jumlah memori GDDR5 2GB. Untuk membolehkan komputer riba nipis dan ringan menggerakkan cip grafik ini, penggunaan kuasanya dihadkan sebanyak 25W sahaja.

Dari segi prestasi, NVIDIA GeForce MX330 dan MX350 ini dikatakan boleh menggerakkan permainan-permainan komputer pada

Kedua-dua cip pemprosesan grafik ini sudahpun mula dijual kepada pembuat-pembuat komputer riba, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui bilakah komputer-komputer riba ini akan mula menggunakan cip pemprosesan grafik tersebut

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*