Apabila NVIDIA melancarkan siri kad grafik Ampere mereka, ataupun siri GeForce RTX 3000, salah satu isu yang membelenggu golongan gamer ialah ia sangat sukar untuk membelinya. Jumlah stok yang rendah, digabungkan mereka yang menggunakan bot untuk membelinya dan juga golongan pelombong kriptowang menyebabkan peningkatan harga penjualan dan juga jumlah stok yang rendah.

NVIDIA nampaknya sedang cuba untuk mengekang isu ini dengan memperkenalkan sebuah siri kad grafik baru yang dibangunkan khusus untuk tujuan melombong kriptowang. Siri ini dinamakan NVIDIA CMP ataupun Crypto Mining Processor dan hadir dengan empat model berbeza, termasuklah CMP 30HX, CMP 40HX, CMP 50HX dan CMP 90HX.

NVIDIA turut memperlihatkan kada melombong kriptowang Ethereum menggunakan kad-kad grafik ini, dan apabila dibandingkan dengan kad-kad Ampere lain seperti NVIDIA GeForce RTX 3070 dan GeForce RTX 3080, hanya CMP 90HX nampaknya boleh dikatakan setaraf kad-kad grafik tersebut.

Selain daripada itu, NVIDIA turut mengatakan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang akan dilancarkan kelak akan memperlihatkan pengurangan kadar melombong kriptowang sebanyak 50 peratus melalui kemaskini perisian supaya ia tidak diborong oleh pelombong-pelombong ini apabila ia dilancarkan pada penghujung bulan ini.

NVIDIA mengatakan lagi bahawa kad-kad grafik siri NVIDIA CMP ini akan ditawarkan oleh pembangun kad-kad grafik seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya.

Kad-kad grafik NVIDIA CMP 30HX dan CMP 40HX akan ditawarkan pada suku pertama tahun ini, manakala CMP 50HX dan CMP 90HX akan ditawarkan pada suku kedua tahun ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.