ARM merupakan salah satu syarikat rekabentuk cip yang popular – dan rekaan mereka digunakan oleh pelbagai pengeluar cip pemprosesan mudah-alih hari ini. Terbaru, ia diperkatakan Softbank dalam perancangan untuk menjual ARM kepada pemilik baru.

Selari dengannya, mengikut laporan Bloomberg, NVIDIA dikatakan mempertimbangkan untuk mengambil-alih ARM. Sekiranya NVIDIA berjaya mengambil-alih ARM, ia sekaligus akan meletakkan NVIDIA sebagai salah satu syarikat cip pemprosesan utama – mendahului pelbagai pesaing lain jauh dihadapan.

Penggunaan rekabentuk cip daripada ARM kini adalah sangat popular di telefon pintar, tablet dan juga komputer. NVIDIA sendiri mempunyai produk semikonduktor mereka – dan ia akan turut memberikan kelebihan kepada NVIDIA dalam terus menerajui arena berkenaan, dan menjadikan produk mereka lebih kehadapan berbanding yang lain.

Buat masa ini, NVIDIA dan ARM masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan desas-desus baru ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.