Berita Menarik

Old World Permainan Strategi 4X Dari Pasukan Reka Bentuk Civilization IV

Pembaca : 18
0 0

Jikalau anda inginkan permainan Strategi 4X baharu, maka ini mungkin berita baik buat anda. Old World adalah sebuah permainan dari Mohawk Games, sebuah studio yang mempunyai dana dari Soren Johnson, Pereka Utama untuk Civilization IV.

Anda mungkin juga pernah dengan permainan lain dari studio ini, Offworld Trading Company.

Old World, juga dieknali sebagai Ten Crowns sebelum ini, akan menyerupai Civ IV, namun berada di suasana era klasikal. Pengalaman permainnya agak berbeza sudah semestinya, anda tidak perlu membina tamadun anda yang mengambil banyak masa dan generasi, manakala permainan ini lebih fokus kepada menjaga empayar dan dinasti anda hanya dalam satu era. Ianya seakan sebuah permainan gabungan antara Civilization dan Crusader Kings.

Didalam Old World, pergerakan unit juga berbeza. Anda memerlukan sumber pendapatan untuk menggerakkan unit, berbanding dengan perbatasan pergerakan didalam Civilization. Anda juga boleh menggunakan unit yang berada didalam parcel yang sama untuk memulakan perlawanan, pembinaan dan banyak lagi didalam satu masa.

Setiap pergerakan adalah sama dengan satu tahun, dan anda mengendali sebuah dinasti, dan dalam satu jangka masa, pemerintah juga akan mati. Maka dari pengurusan empayar, anda juga perlu mengambil kira dengan darah keturunan pemerintah seperti perkahwinan mahupun melantik pewaris.

Lagi satu perkara yang menarik adalah cara untuk anda memenangi Old World. Anda perlu memenuhi kesemua 10 cita-cita anda, dan ianya adalah dinamik. Setiap satu cita-citia di penuhi, seterusnya akan menjadi lebih sukar untuk dipenuhi dari sebelumnya.

Banyak lagi maklumat diperkenalkan pada permainan ini, dan anda boleh lihatnya disini.

Old World akan haidr ke PC (Epic Games Store) sebagai Early Access pada pertengahan tahun ini.

Artikel diterjemah dari Gamer Matters.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.