Olympus, salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran kamera, hari ini mengumumkan yang mana mereka merancang untuk keluar daripada peniagaan pengimejan dan kamera.

Langkah ini dilihat diambil kerana persaingan sengit dalam perniagaan kamera digital, selain kesukaran yang dialami disebabkan oleh evolusi pasaran telefon pintar yang turut menyasarkan golongan pengguna hampir sama.

Olympus akan menjual perniagaan kamera ini kepada firma pelaburan, Japan Industrial Partners – iaitu syarikat yang sebelum ini membeli perniagaan komputer VAIO daripada Sony. Perjanjian dijangka ditanda-tangani menjelang penghujung September kelak.

Dengan perubahan ini, Olympus akan memfokuskan kepada perniagaan peralatan perubatan dan juga memfokuskan penawaran industri.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.