One UI Ialah Antaramuka Terbaru Untuk Peranti Samsung Bermula Dengan Android Pie

Selain memperacahkan rekaan peranti skrin boleh lipat pertama dengan teknologi Infinity Flex Display, Samsung turut memperlihatkan rekaan antaramuka terbaru mereka One UI. One UI akan menggantikan Samsung Experience yang baru berusia dua tahun. Sebelum ini antaramuka One UI telah tertiris pada Samsung Galax S9 yang menggunakan Android Pie.

One UI direka bukan sahaja untuk peranti skrin memanjang tetapi juga digunakapakai pada peranti boleh lipat mereka kelak. Ikon kini lebih bulat dan tiga butang navigasi atas skrin turut diberikan nafas baru. Memandangkan One UI adalah berasaskan Android Pie, penggunaan  tiga butang navigasi ini kelihatan sedikit canggung kerana Android asli sudah berubah ke sistem navigasi gesture sepenuhnya.

Antara fungsi baharu One UI ialah tema berwarna gelap. Tema ini boleh dikustomasi lagi di mana ia boleh dipadankan dengan warna tubuh peranti misalnya. Secara keseluruhan antaramuka mempunyai rekaan yang lebih minimalis, ikon berbentuk bulat dan elemen antaramuka dengan bucu yang juga dibulatkan.

One UI akan boleh diuji awal oleh pengguna Android Pie Beta yang ditawarkan di China, Perancis, India, Poland, Korea Selatan, Sepanyol, UK dan AS sahaja buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.