TechSemut Malaysia

OnePlus 5, Dulu Dikecam Kini Digilai

OnePlus 5, Dulu Dikecam Kini Digilai

OnePlus 5, Dulu Dikecam Kini Digilai
Ogos 12
06:22 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Syukur dan Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh dengan OnePlus 5.
Jadi apa yang menarik dengan OnePlus 5 ni? Bagus sangat ka? Berbaloi ka?
Teruskan membaca sambil mengunyah makanan dan menyedut minuman (jangan bagi tumpah pula, tak pasal² semut pun turut menyertai ampa baca artikel ini 😂).


OnePlus 5, merupakan produk OnePlus yang ke-6 selepas OnePlus One, 2, X, 3 dan 3T.
Kenapa product ke-6, tapi produk yang terkini nombor 5? Boleh la tanya dekat Carl Pei
Istimewanya OnePlus 5 ini, satu model untuk semua, iaitu A5000. Tidak seperti model sebelum2 ini ada A3010, A3003 kerana OnePlus telah mengabungkan kesemua band. Menarik kan?
Macam biasa, saya ceritakan spesifikasi OnePlus 5 ni :


Info Secara Am

  • Warna : Midnight Black, Slate Gray dan Soft Gold (Edisi Terhad. OnePlus, are you in ketum? hahaha).
  • Dimensi : 154.2 x 74.1 x 7.25 mm.
  • Berat : 153g.
  • Bahan : Anodized Aluminum.
  • Sistem operasi : OxygenOS dan HydrogenOS (bagi pasaran China).
  • CPU : Qualcomm® Snapdragon 835 (Octa-core, 10nm, up to 2.45GHz).
  • GPU : Adreno 540.
  • RAM : 6/8GB LPDDR4X.
  • Stor Penyimpanan : 64/128GB UFS 2.1 2-LANE.
  • Cahaya Pemberitahuan : RGB LED notification light.
  • Getaran : Haptic vibration motor.
  • Sensors : Fingerprint, Hall, Accelerometer, Gyroscope, Proximity, RGB Ambient Light Sensor, Electronic Compass, dan Sensor Hub.
  • Ports : USB 2.0, Type-C, Support USB Audio, OTG, Dual nano-SIM slot dan 3.5mm audio jack.
  • Bateri : 3,300 mAh (non-removable) dan mempunyai sokongan Dash Charge (5V 4A).
  • Buttons : Capacitive hardware keys and on-screen navigation support dan Alert Slide.
  • Audio : Bottom-facing speaker, 3-microphone with noise cancellation, Support AANC, Dirac HD Sound®, dan Dirac Power Sound®.
Info Perhubungan
  • LTE/LTE-A : DL 3CA/256QAM, UL CA/64QAM, menyokong hingga DL CAT12/ UL CAT13(600Mbps/150Mbps) (bergantung pada sokongan pihak telco negara tersebut).
  • Bands : FDD LTE: Band 1/2/3/4/5/7/8/12/17/18/19/20/25/26/28/29/30/66, TDD LTE: Band 38/39/40/41, TD-SCDMA: Band 34/39, UMTS(WCDMA): Band 1/2/4/5/8, CDMA EVDO: BC0, dan GSM: 850/900/1800/1900 MHz.
  • Wi-Fi : 2×2 MIMO, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, 2.4G/5G.
  • Bluetooth : Bluetooth 5.0, support aptX & aptX HD.
  • NFC : Ada.
  • Kedudukan : GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou.
Info Paparan
  • Saiz : 5.5-inci.
  • Resolusi : 1080P Full HD (1920 x 1080 pixels) 401ppi.
  • Aspect Ratio : 16:9.
  • Jenis : Optic AMOLED, menyokong sRGB, DCI-P3.
  • Cover Glass : 2.5D Corning® Gorilla® Glass 5.
  • Ciri² : Reading Mode, Night Mode, Lift Up Mode, dan Ambient Display.
Info Kamera Belakang Wide-Angle
  • Sensor Sony IMX 398.
  • Megapixels : 16.
  • Saiz Pixel : 1.12 µm.
  • EIS (Electronic Image Stabilization: Ada.
  • OIS (Optical Image Stabilization: Tiada.
  • Autofocus : DCAF (Dual Camera Autofocus).
  • Aperture : f/1.7.
Info Kamera Belakang Telephoto
  • Sensor : Sony IMX 350.
  • Megapixels : 20.
  • Saiz Pixel : 1.0 µm.
  • Autofocus : PDAF (Phase Detection Autofocus).
  • Aperture : f/2.6.
  • OIS (Optical Image Stabilization: Tiada.
Info Tambahan Kamera Belakang
  • Video : 4K resolution video at 30fps, 1080P resolution video at 30fps dan 60fps, 720P resolution video at 30fps, Slow Motion 720p videos at 120fps, dan Time-Lapse.
  • Ciri² : Portrait, Pro Mode, Panorama, HDR, HQ, Dynamic Denoise, Clear Image, dan RAW Image.
  • Flash : Dwi-LED Flash (tidak menggunakan Dwi-Tone, why OnePlus, why? 😠).
Info Kamera Depan
  • Sensor : Sony IMX 371.
  • Megapixels : 16.
  • Saiz Pixel : 1.0 µm.
  • EIS (Electronic Image Stabilization) : Ada.
  • Autofocus : Fixed Focus.
  • Aperture : f/2.0.
Info Tambahan Kamera Depan
  • Video : 1080P resolution video at 30fps, 720P resolution video at 30fps dan Time-Lapse.
  • Ciri² : HDR, Screen Flash, Smile Capture, dan Face Beauty.
Barang yang terdapat dalam kotak
  • Seketul OnePlus 5.
  • Screen Protector (dipasang siap pada OP5).
  • 1x Dash Type-C Cable (bukan jenis flat, kalau nak jenis flat boleh cari penjual dekat kumpulan Facebook OnePlus Android Community (Malaysia)).
  • 1x Dash Power Adapter (benda ni akan bertukar jadi Super Saiyan Dash yang membuat OnePlus 5 mendapat Dash Charge lalu menjadi Super Saiyan God! 😍).
  • 1x SIM Tray Ejector.
  • 1x Quick Start Guide (rata² pengguna mana nak baca buku ni, dasar pemalas 😒).
Itu sahaja spesifikasi OnePlus 5. Jika ampa nak lagi detail, boleh rujuk laman sesawang OnePlus atau GSM Arena dan paling teliti, Forum OnePlus (dalam perjalanan nak lengkapkan maklumat yang ada ). Sedikit kecewa kerana kapasiti bateri OnePlus 5 ialah 3,300 mAh (beb, OnePlus 3T 3,400 mAh bateri dia 😡) dan warna bateri masih Hitam (kembalikan warna bateri Merah! 😢).

Bagaimana nak dapatkan OnePlus 5
Anda boleh dapatkan OnePlus 5 sama ada belian online ataupun belian kedai.
Dalam artikel ulasan OnePlus 5 ni, saya akan menyentuh Dwi-Kamera, Design, Dash Charge, dan Rangkaian.
Dwi-Kamera
Sepasang kamera sedang memerhati ampa, hati² ya 😂.
OnePlus 5 merupakan model pertama OnePlus yang menggunakan dwi-kamera. Dwi-Kamera ni telah menjadi trend dimana semua produk telefon pintar mula mengeluarkan peranti yang mempunya dwi-kamera. Tapi sayang kamera OnePlus 5 tiada OIS (Optical Image Stabilization), hanya ada EIS (Electronic Image Stabilization).


Kamera OnePlus 5 mempunyai ciri² seperti Portrait Mode, Smart Capture dan Pro Mode.

  • Portrait Mode : Teknologi dwi-kamera bagi kita focus subjek dan latar belakang jadi samar² dan memberikan kesan yang mengagumkan 😍(tapi tidak sempurna seperti iPhone 7 Plus dan peranti yang mempunyai satu kamera pun boleh buat juga, kalau kena dengan teknik dan cara pasti boleh 😉).
  • Smart Capture : Perisian yang pintar dapat mengesan pelbagai keadaan secara automatik serta dalam diam mengoptimumkan untuk ketepatan dan kejelasan.
  • Pro mode : Merupakan mode baru untuk OnePlus 5 (jika dekat peranti OnePlus lain, nama dia Manual Mode) yang membenarkan kita untuk mengubah ISO, shutter speed, manual focus dan banyak lagi. Menarik mode ini, ada histogram secara langsung, panduan garisan tegak, simpanan RAW (RAW ni macam bahan mentah la, dengan dia ni boleh buat macam² hohoho) dan boleh simpan Preset jadi tak perlu nak tetapkan semula tetapan.
  • Effortless Clarity : Gambar boleh tahan clear apabila kita zoom.
  • Faster Autofocus (Fast AF) : Dengan sistem dwi-kamera serta perisian yang pintar bergabung untuk mengukur jarak dan mencari fokus yang sempurna dengan sekelip mata. 40% lagi laju daripada OnePlus 3T.
  • Large Aperture : Dapat menangkap gambar dengan jelas pada bila² masa sahaja, terima kasih kepada aperture besar, iaitu f/1.7 serta shutter speed juga lebih cepat.
Ini la rupa aplikasi Kamera OnePlus 5, Manual Mode dah bertukar kepada Pro Mode serta ada penambahan Protrait (Bokeh).
Ini pula antaramuka pengguna aplikasi Kamera. Banyak kan tetapan dia tu? (abaikan rim CE28 yang tak basuh lagi tu huhuhu).
Ni sedikit gambar kamera belakang menggunakan OnePlus 5
Gambar ini diambil menggunakan mode Normal.
Gambar ini diambil menggunakan mode HQ.
Gambar ini diambil menggunakan mode HDR.
Ini merupakan gambar yang dah dizoomkan sebanyak 8x.
Ini pula gambar yang diambil dengan mode Portrait a.k.a bokeh la.
Ini pula gambar yang diambil pada waktu malam (gerak luu, apa² roger 🚴).
Ni juga gambar yang diambil pada waktu malam (ye la malam, gelap kan tu 😅).

Ini pula sedikit rakaman video 4K yang saya rakam dekat Campus MSU, untuk menguji EIS (Electronic Image Stabilization) yang ditambah dalam kemaskini OxygenOS 4.5.8.

Sekali tengok macam tengah main game la (dia punya lag tu alahai).

Saya suka kestabilan video 4K dari OnePlus 5, kiranya EIS (Electronic Image Stabilization) ni buat kerja, tak makan gaji buta, tak goyang kaki hahaha. 
Cuma ada la kalau perasan sebelum saya zoom 8x tu, ada sedikit lag (macam main game la pula 😓)
Untuk rakaman video kualiti yang lain, boleh lihat video bawah ni, pak janggut ni pi buat perbezaan kamera iPhone 7 Plus pula 😑 (depa guna sistem operasi yang lama, abaikan yang video 4K tu hihihi).

Design

Untuk maklumat ampa, sensor NFC dekat bawah dwi-kamera tu.
Skrin dia macam 3/3T kan?
Speaker OnePlus 5 ada 5 lubang, manakala 3/3T ada 6 lubang, tapi OnePlus 5 kuat lagi
Pandangan sisi belah kanan
Pandangan sisi belah kiri

Pandangan screen hadapan dekat sikit. Kalau perasan ada dua bulat sensor diantara kamera dan speaker

Home button pun lebih kurang macam 3/3T kan?




Rata² mengatakan design dia macam iPhone 7 Plus malah ada yang mengatakan ini iPhone Clone hahaha. Ya tidak dinafikan lagi, rekabentuk dia memang nak sama macam iPhone 7 Plus. Tapi bukan OnePlus sahaja yang bentuk macam iPhone, ada juga produk lain yang nak sama macam mereka seperti abang OnePlus, OPPO R11 dan R11 Plus, Nubia Z17, dan peranti yang lain yang menggunakan teknologi dwi-kamera yang kedudukan kamera seperti iPhone 😎.

Saya pernah pegang dan rasa iPhone 7 Plus, dan beza weh bila pegang iPhone 7 Plus dan OnePlus 5.
Beza kedua² peranti ni pada sisi tepi dan belakang. Saya rasa OnePlus 5 sedap lagi pegang.
Bila uji kamera, ya iPhone 7 Plus (setelah mendapat beberapa kemaskini) kamera dia cantik, lagi² gambar bokeh manakala OnePlus 5, tewas tipis pada gambar bokeh (ada cacat sikit hahaha)

Oh ya, model OnePlus 5 saya ini 8GB RAM dan 128GB Stor Penyimpanan dan berwarna Midnight Black (bukan warna edisi terhad dah 😐). Ada dua lagi warna iaitu Slate Grey (juga terdapat 8GB RAM dan 128GB Stor Penyimpanan) dan Soft Gold (hanya 6GB RAM dan 64GB Stor Penyimpanan). Kredit gambar GSMArena dan PhoneArena.

Warna Slate Gray lawa juga bagi saya, tapi Midnight Black tetap pilihan hati 😍.
Ini pula warna Edisi Terhad, Soft Gold (OnePlus, are you guys in Ketum?), maka ketawa la pengguna OnePlus 3/3T bila warna Soft Gold OnePlus 5 sebagai Edisi Terhad 😂.

Dash Charge

Dash Charge pada OnePlus 5, durasi video ini 1 jam, telah dilajukan menggunakan Adobe Premier Pro CC 2017.

Konsep Dash Charge pada OnePlus 5 sama macam OnePlus 3 dan 3T yang mana ia akan menyerap haba dari peranti kepada charger tersebut dan bertukar menjadi Super Saiyan Dash (SSD) yang mengalirkan tenaga birunya pada peranti. Setelah mencapai 90%, ia akan perlahan² berkurang sampai bateri 100% (Kalau laju dari mula sampai habis, meletup kang nanti 😜).

Video dibawah menunjukan kelajuan Dash Charge dengan model lain, termasuk abang dia OnePlus 3T (apa punya adik ni hahaha).

Rangkaian

Gambar pinjam 😆

OnePlus 5 merupakan peranti yang menyokong hampir 34 bands rangkaian seluruh dunia malah dwi-SIM yang berhubung dengan serentak (contoh SIM 1 guna data, SIM 2 menerima panggilan, macam tu la) serta ampa boleh masukkan mana² kad SIM tanpa ada masalah. Sesetengah peranti terkunci dengan telco yang ditetapkan.

Info Tambahan

Ini merupakan versi terkini OxygenOS pada OnePlus 5
Ini OnePlus Launcher yang terkini (boleh kemaskini dekat Google Play Store)
Calibration baru, DCI-P3 pada OnePlus 5 (OnePlus 3/3T boleh juga guna dengan sedikit modifikasi kerana ketiga² peranti ini menggunakan paparan skrin AMOLED yang sama).
Ini yang menarik, boleh pilih getaran macam mana ampa nak 😁.
Tetapan Penyimpanan OTG dipindahkan kat Settings>Advanced.
Seperti biasa, PROS and CONS mengenai OnePlus 5 ini (pendapat saya lah):
  • Pemproses Qualcomm® Snapdragon 835.
  • 8GB RAM.
  • Ada 3.5mm audio jack 😊.
  • Dwi-kamera.
  • Bluetooth 5.0.
  • Semestinya Dash Charge.
  • Quick Pay (Fungsi lebih kurang macam Apple Pay, Samsung Pay).
  • Rakaman 4K terbaik (Kemaskini OxygenOS 4.5.8).
  • Mikrofon menangkap suara lebih baik dari OnePlus 3T.
  • Tidak sebenarnya zoom 2x.
  • Tiada teknologi OIS (Optical Image Stabilization).
  • Tiada IP68.
  • Kabel USB-C 2.0 (Samsung Galaxy S8 dah guna cable USB-C 3.0 baru kot).
  • Bateri 3,300 mAh, sedangkan OnePlus 3T bateri 3,400 mAh.
  • Midnight Black tidak menjadi warna edisi terhad manakala Soft Gold pula menjadi edisi terhad.
Itu sahaja pendapat saya mengenai OnePlus 5. Maaf sekiranya ada salah maklumat dan pendapat saya bercanggah dengan pendapat ampa semua. Bagi saya OnePlus 5 ini terbaik dan kamera dia lawa dan focus dia tidak pening seperti OnePlus 3 dan 3T
Ramai orang mengatakan OnePlus tidak seperti dulu, dan sokongan kemaskini pun tidak begitu lama. Macam Apple walaupun peranti lama tidak dapat menerima kemaskini terkini dan kena naik-taraf peranti untuk merasai kemaskini baru tersebut, tetapi Apple tidak mengabaikan produk lama mereka kecuali sudah mencapai had perkakasan. Adakah sebab OnePlus ini syarikat kecil? Hmm.
Lain orang, lain pendapat mereka kan? Sekiranya ada pendapat, pertanyaan, tinggalkan komen di bawah ye? Terima kasih kerana dapat baca sampai habis ulasan saya yang tak seberapa ini. 😔

sumber artikel : omghackers.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com