OnePlus 6 Dan OnePlus 6T Mula Ditawarkan Kemaskini Android 10 Beta

OnePlus telah pun mula menawarkan kemaskini sistem operasi Android terkini untuk beberapa model peranti mereka. Terkini, mereka turut tidak melupakan peranti keluaran tahun 2018 mereka, iaitu OnePlus 6 dan juga OnePlus 6T.

Terbaru, pihak OnePlus telah mengumumkan penawaran OxygenOS versi terbaru untuk model peranti OnePlus 6 dan juga OnePlus 6T – sekaligus menawarkan bersama-sama dengannya adalah sistem operasi Android 10, bersama-sama sejumlah penambahan yang disertakan oleh Oxygen OS.

Walaubagaimanapun, versi yang ditawarkan adalah versi pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah versi stabil akan ditawarkan kepada semua pengguna kedua-dua peranti berkenaan. Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, mungkin boleh memuat-turun fail pembangunan OxygenOS terbaru, dan mencuba penawaran terbaru OnePlus ini untuk OnePlus 6 dan juga OnePlus 6T.

Cuba : Oxygen OS Beta untuk OnePlus 6/6T

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.