DxOMark boleh dikatakan sebagai salah satu pihak yang sering hadir dengan angka penanda aras untuk sokongan fotografi – dan memperlihatkan skor untuk sokongan rakaman gambar mahupun video. Terkini, hari ini DxOMark telah mengeluarkan skor untuk telefon pintar OnePlus terbaru, iaitu OnePlus 6.

OnePlus 6

Melalui skor yang dikeluarkan, OnePlus 6 menerima skor sebanyak 96, sekaligus mendahului sejumlah peranti mercu yang dikeluarkan pada tahun lepas seperti Galaxy Note 8, iPhone 8 Plus, HTC U11 dan sebagainya. Namun, dari segi skor berkenaan, ia masih dibelakang beberapa peranti mercu tahun ini, termasuk Galaxy S9, HTC U12+, Xiaomi Mi8 dan juga Huawei P20.

DxO Mark OnePlus

Daripada ulasan yang dikeluarkan DxOMark, OnePlus 6 menerima skor yang tinggi untuk rakaman gambar statik, termasuk mengatakan penghasilan warna yang cantik pada gambar. Walaubagaimanapun, untuk rakaman video, ia dikatakan kehilangan keterangan pada gambar dibawah pelbagai keadaan cahaya, dan ketajaman rakaman berbeza antara bingkai rakaman video.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.