OnePlus 7T Pro Kini Rasmi – Snapdragon 855+, 4085mAh, Warp Charge 30T

OnePlus 7T adalah peranti keempat OnePlus pada tahun ini. Ia adalah hadir dengan rekaan seakan OnePlus 7, tetapi kameranya bulat dan spesifikasinya adalah lebih dahsyat berbanding OnePlus 7 Pro. Ia dijana Snapdragon 855+, skrin 90Hz Fluid AMOLED, tri-kamera dan memori 8GB RAM yang dipadankan dengan storan UFS3.0 128GB atau 256GB.

Hari ini, OnePlus melancarkan peranti kelima mereka pula untuk tahun ini – iaitu OnePlus 7T Pro. Ia adalah kemaskini kecil berbanding OnePlus 7 Pro. Ia dijana dengan Snapdragon 855+, skrin masih sama iaitu 6.67-inci Fluid AMOLED 90Hz QHD+ dan sokongan HDR10+. Memori pula adalah 8GB RAM dan storan dalaman hanya 256GB, bateri adalah 4085mAh dengan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 30T yang lebih pantas. Kamera pula masih sama, iaitu 48MP + 8MP + 16MP tanpa sebarang perubahan ketara dan kamera swafoto pula masih kekal dalam bentuk pop-naik dengan lensa 16MP.

Cara untuk membezakan antara OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7T Pro adalah melalui warna baharu yang ditawarkan iaitu Haze Blue. Harga jualan pula adalah £699, iaitu sekitar RM3,625.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.