OnePlus sebelum ini telah memperlihatkan OnePlus Concept One – salah satu telefon yang hadir dengan kaca elektrokromik, yang membolehkan pengguna mengawal cahaya pada lensa kamera belakang.

Lanjutan daripadanya, kini OnePlus turut memperlihatkan peranti konsep kedua, iaitu OnePlus 8T Concept.

Telefon pintar konsep ini menggunakan kerangka belakang yang OnePlus memanggilnya sebagai ECMF atau “Electronic Color, Material and Finish”.

Melaluinya, OnePlus memperlihatkan kerangka yang boleh dikawal cahayanya – dimana berubah-ubah. Antara contoh penggunaan yang diperlihatkan adalah termasuk ketika menerima notifikasi, memberikan respon untuk gestur, dan beberapa kaedah lain.

Buat masa ini, ia sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada OnePlus akan menawarkan peranti akhir dengan integrasi penggunaan kerangka ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.