OnePlus 8T Hadir Dengan Skrin Fluid AMOLED 6.55 Inci, Snapdragon 865 5G, 12GB RAM

Harga OnePlus 8T Malaysia

OnePlus baru sahaja melancarkan peranti mercu baru iaitu OnePlus 8T. Ia menawarkan skrin 6.55 inci FHD+ Fluid AMOLED dengan sokongan kadar segar 120Hz, kadar persampelan sentuh 240Hz dan juga sokongan HDR10+.

Di bahagian dalam, OnePlus 8T dikuasakan oleh cipset Octa-Core Snapdragon 865 dengan modem X55 5G yang menyokong kedua-dua NSA dan SA untuk 5G. Untuk sistem penyejuk yang lebih baik, ia bawakan ruang wap yang 285% lebih besar daripada pendahulunya bersama dengan grafit untuk penyejukan. Ia juga menawarkan pilihan dua pilihan memori iaitu 8GB/128GB dan 12GB/256GB serta menjalankan platform Android 11.0 dengan OxygenOS 11

Untuk kamera, Empat kamera belakang ditawarkan dengan lensa utama 48MP dengan sensor Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP, kamera makro 5MP dan lensa monokrom 2MP. Beberapa ciri kamera termasuk video night scape, video portrait dan video tracking. Untuk kamera hadapan pula tampil dengan lensa 16MP.

Harga OnePlus 8T Malaysia

OnePlus 8T membekalkan bateri berkapasiti 4500mAh dan pengecasan Warp Charge 65W yang dapat mengecas telefon sepenuhnya dalam masa 39 minit sahaja. Ia dilengkapi dengan 12 penjejak suhu individu untuk memastikan suhu pengisian pada tahap selamat.

Spesifikasi OnePlus 8T

  • Skrin Bersaiz 6.55-inci, 1080 x 2400 pixels, Panel Fluid AMOLED, Kadar Segar 120Hz, HDR 10+, Corning Gorilla Glass
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 865 7nm Dengan GPU Adreno 650
  • 8GB RAM Dengan Memori 128GB (UFS 3.1) / 12GB RAM Dengan Memori 256GB (UFS 3.1)
  • Platform Android 11 Dengan OxygenOS 11
  • Kamera Utama 48MP (f/1.7, OIS), Kamera Sudut Lebar 16MP (f/2.2), Kamera Makro 5MP, Kamera Portrait 2MP.
  • Kamera Selfie 16MP (f/2.45, EIS)
  • Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, GPS, USB Type-C, Pembesar Suara Stereo, Dolby Atmos
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecas Warp Charge 65W (10V/6.5A)
  • Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM2499

Harga OnePlus 8T

OnePlus 8T hadir dalam warna Aquamarine Green dan Lunar Silver, dengan harga Rs. 42,999 (Sekitar RM2499) untuk model 8GB/128GB dan manakala model 12GB/256GB dijual dengan harga Rs. 45,999 (Sekitar RM2699).

Write a Comment

view all comments

*