OnePlus 9 Pro adalah peranti mercu baharu OnePlus, yang mana dikhabarkan akan memfokuskan kepada kamera lebih-lebih lagi videografi. Ia juga akan menggunakan rekaan yang lebih dekat dengan Oppo Reno5, di mana setiap lensa timbul keluar seakan iPhone.

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada bulan ini. Terkini, spesifikasi kamera peranti ini dan sedikit spesifikasi lain telah tertiris melalui beberapa tangkapan layar dari peranti yang dikatakan OnePlus 9 Pro. Peranti ini akan terus menjalankan sistem operasi Android 11.

Skrin adalah 6.7-inci Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Dijana cip Snapdragon 888 dan masih menawarkan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera pula dilihat adalah tetapan kuad-kamera dari lensa  48MP + 50MP + 8MP + 2MP. Lensa 50MP mungkin lensa baharu yang digunakan oleh Oppo.

Kemampuan rakaman video pula dilihat menyokong 4K 120FPS dan juga 8K 30FPS. Dahulu semasa zaman OnePlus One, OnePlus sudah menawarkan rakaman 4K 60FPS dan ia adalah antara yang terbaik. Mampukah 8K menjadi mod rakaman terbaik peranti OnePlus? Sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.