OnePlus telah memasuki segmen televisyen pintar dengan pengenalan OnePlus TV Q1 dan OnePlus TV Q1 Pro sekitar September lalu. Terkini, OnePlus akan memperluaskan lagi barisan televisyen pintarnya dengan melancarkan model terbaru pada 2 Julai kelak di India.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pegawai Eksekutif OnePlus, Pete Lau menerusi laman Twitter rasmi miliknya. Menurut beliau, model kali ini akan hadir dengan penawaran ciri menarik dengan harga mampu milik. Pun begitu, tiada perincian lebih lanjut yang dikongsi, tetapi kita boleh menjangkakan OnePlus akan mula mengacah lebih banyak mengenai televisyen ini pada masa akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.