Sudah beberapa tahun, OnePlus menyelaraskan sistem operasi mereka untuk pasaran China dan global. Di China, ia adalah Hydrogen OS dan global pula adalah Oxygen OS. Kedua-duanya sama sahaja, kecuali Oxygen OS ada GMS dan bersih, Hydrogen OS tiada GMS dan penuh dengan aplikasi dari China terpasang.

Disebabkan OnePlus adalah dari China, kebiasaannya kemaskini terbaru akan diberikan kepada pengguna di China terlebih dahulu. Terkini, Hydrogen OS 11 yang berasaskan Android 11 akan diperlihatkan pada 10 Ogos ini. Ini bermakna, beta terbuka bagi pengguna peranti OnePlus akan bermula dalam masa terdekat dan tidak lama lagi Oxygen OS 11 pula akan diumumkan.

Menurut apa yang dikatakan di Weibo rasmi mereka, Hydrogen OS 11 akan hadir dengan visual baharu dan sistem yang lebih interaktif. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.