Kita sedia melihat sejumlah gambar OnePlus 9 tertiris ke arena web, dan terbaru, sejumlah gambar baru turut dikongsikan yang memperlihatkan rekaan OnePlus 9 Pro.

Menariknya pada ketirisan baru ini adalah dimana OnePlus 9 Pro menggunakan penjenamaan Hasselblad pada bahagian kamera belakang. Ini sekaligus meperlihatkan OnePlus akan bekerjasama dengan pengeluar kamera popular berkenaan untuk menawarkan ciri rakaman lebih berkualiti pada telefon pintar mereka.

Hasselblad menawarkan kamera premium, dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan Motorola untuk penawaran Moto Mods. Dengan kerjasama bersama pihak OnePlus, kita mungkin akan dapat melihat penawaran rakaman gambar yang lebih cantik pada OnePlus 9 Pro kelak.

Sebelum ini, kita sedia melihat Huawei bekerjasama dengan Leica, dan baru-baru ini Vivo bekerjasama dengan Zeiss. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak OnePlus untuk kerjasama dengan Hasselblad ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.