TechSemut Malaysia

OnePlus Memperlihatkan Contoh Rakaman Gambar Menggunakan OnePlus 5

OnePlus Memperlihatkan Contoh Rakaman Gambar Menggunakan OnePlus 5

OnePlus Memperlihatkan Contoh Rakaman Gambar Menggunakan OnePlus 5
Mei 30
00:10 2017

Salah satu kelebihan yang terdapat pada pihak OnePlus adalah dimana mereka tahu bagaimana membuat pemasaran sebelum melancarkan peranti mereka. Setelah berkongsi akan menggunakan cip Snapdragon 835 sebelum ini, dan kerjasama dengan DxO, kini OnePlus berkongsi gambar di Twitter, memperlihatkan keupayaan kamera mereka.

OnePlus 5 Kamera

Daripada gambar yang dikongsikan, OnePlus memperlihatkan keupayaan rakaman gambar pada keadaan cahaya malap. Dua contoh dibandingkan, dan ia memberikan petanda seumpama kamera OnePlus 5 akan menawarkan kualiti rakaman yang sangat terang walaupun pada persekitaran yang gelap atau malap.

Pihak OnePlus sendiri sebelum ini telah bekerjasama dengan DxO untuk menambah baik kualiti rakaman gambar, dan dengan hasil yang dipertontonkan, ia kelihatan baik.

Kita mungkin akan melihat lebih banyak info dikongsikan OnePlus berkenaan OnePlus 5 dalam minggu-minggu akan datang. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi OnePlus 5 masih menjadi tanda tanya.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com