OnePlus kini mengacah sebuah pengumuman baru pada 8 Mac 2021, iaitu pada minggu hadapan. Melalui gambar acah yang dikongsikan, mereka berkongsi gambar bulan – yang sama seperti terdapat pada laman rasmi Hasselblad.

Untuk makluman, Hasselblad merupakan salah satu pengeluar kamera terkemuka, dan terkenal sebagai kamera pertama yang digunakan untuk rakaman dan mendokumenkan gambar ketika jelajah di bulan.

Sebelum ini, beberapa gambar telah tertiris memperlihatkan OnePlus akan bekerjasama dengan pihak Hasselblad untuk sokongan kamera pada telefon pintar – sekaligus menjanjikan kualiti rakaman yang lebih baik.

OnePlus 9 Pro Hasselblad

Kini, dengan pihak OnePlus menjadualkan tarikh 8 Mac 2021 ini, sama-sama kita nantikan lanjut pengumuman kerjasama kedua-dua pihak ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.