Berita Menarik

OnePlus Mengumumkan Sokongan Dua Tahun Untuk Kemaskini Perisian, Tambahan Setahun Untuk Sekuriti

Pembaca : 10
0 0

OnePlus hari ini telah berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka dalam penawaran kemaskini perisian untuk peranti mereka.

OnePlus Kemaskini

Melalui maklumat yang dikongsikan, OnePlus mengatakan akan menawarkan sokongan kemaskini perisian untuk peranti mereka selama dua tahun sejak ia dilancarkan – yang mana secara tidak langsung memberikan maksud pengguna peranti berkenaan akan menerima kemaskini dua versi Android.

Tambahan daripadanya, OnePlus juga akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk tambahan setahun.

OnePlus mengatakan latar masa penawaran kemaskini baru ini adalah tertakluk untuk OnePlus 3/3T, OnePlus 5/5T dan juga OnePlus 6.

Pihak onePlus turut mengatakan yang mana OnePlus 3/3T akan menerima kemaskini perisian sehingga November 2018 kelak, dan lanjutan setahun kemaskini sekuriti selepas tarikh berkenaan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.