OnePlus Menjanjikan Sesuatu Yang “Istimewa” Di CES 2020

OnePlus sebelum ini sedia melancarkan sejumlah peranti menarik pada tahun ini, termasuk yang paling terkini adalah OnePlus 7T Pro, selain sebuah televisyen pintar. Menariknya, kini selain daripada itu, OnePlus dilihat turut mempunyai sebuah lagi kejutan baru untuk awal tahun 2020 ini.

Melalui perkongsian di laman sosial, kini OnePlus memperlihatkan bakal mengatakan sebuah acara khas pada CES 2020 kelak.

Ia tidak diketahui lagi apakah yang akan diperkenalkan pada acara tahunan berkenaan. Tetapi, melalui perkongsian Pete Lau, beliau mengatakan OnePlus akan memperlihatkan sesuatu yang istimewa pada acara berkenaan.

Bagi anda sendiri, apakah yang anda rasa akan diperlihatkan oleh OnePlus pada CES 2020 ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.