OnePlus Menyasarkan OnePlus 8 Untuk Diiktiraf Dalam Program Android Enterprise

Android Enterprise Recommended adalah program dari Google yang mengesyorkan peranti yang sesuai untuk kegunaan korporat. Kebiasaannya, untuk sesebuah peranti itu dimasukkan dalam senarai yang disyorkan Google untuk kegunaan korporat adalah; spesifikasi yang baik, sokongan kemaskini sistem operasi dan kemampuan memberi kemaskini tampalan sekuriti sekurang-kurangnya lima tahun.

Terkini, OnePlus menyasarkan yang peranti mereka tahun ini akan diiktiraf dan dan disyorkan oleh Google agar ia sesuai untuk kegunaan korporat. Setakat ini, semua peranti OnePlus berada dalam kategori yang layak – kemaskini pantas, spesifikasi baik, kemaskini tampalan sekuriti bulanan dan banyak lagi. Tidak pasti jika OnePlus hanya akan daftarkan OnePlus 8 sahaja atau turut akan sertakan sekali OnePlus 7T Pro dan ke bawah. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.