OnePlus, Realme, Meizu Dan Black Shark Turut Bersetuju Menyeragamkan Sistem Pemindahan Fail

Imbas kembali, Xiaomi, Oppo dan Vivo sebelum ini telah bersetuju untuk menyokong satu format pemindahan fail yang seragam. Format pemindahan ini adalah seakan sama seperti fungsi Airdrop pada peranti Apple. Melaluinya, pengguna dapat melakukan pemindahan pelbagai fail dengan lebih mudah di antara ketiga-tiga jenama peranti.

OnePlus, Realme, Meizu dan Black Shark telah mengesahkan mereka turut akan menggunakan sistem yang sama seperti Xiaomi, Oppo dan Vivo. Laman Weibo keempat-empat pengeluar memuat naik kenyataan sokongan secara serentak hari ini. Dengan pengumuman ini hanya Huawei dan Honor yang masih belum bersedia untuk menyokong protokol pemindahan fail yang sama kerana mereka sudahpun mempunyai sistem Huawei Share.

Sekadar selingan, sistem pemindahan fail ini membolehkan data dipindahkan pada kelajuan sehingga 20MBps tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga. Lebih menarik, sambungannya juga adalah stabil dan jauh lebih baik berbanding fungsi bluetooth.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*