Dua tahun lepas, OnePlus bekerjsama dengan pasukan e-sukan terkenal “Fnaticuntuk mod permua di dalam peranti mereka. Pasukan Fnatic juga menjadi pasukan e-sukan rasmi OnePlus. Melalui mod ini, peranti OnePlus akan dioptimasikan prestasinya menjadi lebih lancar dan pantas agar pengalaman bermain permua lebih menarik. OnePlus turut melancarkan Game Space, iaitu pelancar khusus di mana permua-permua lebih mudah diakses dengan mod Fnatic terus terbina.

Terkini nampaknya, kontrak perjanjian OnePlus dan Fnatic mungkin sudah berakhir. Mod permua yang popular ini, yang mana turut mempunyai kandungan khas seperti gambar latar tersembunyi dan banyak lagi akan tamat. Dalam Oxygen OS 11 Open Beta 3 untuk siri OnePlus 7, iaitu ujian Android 11 untuk peranti-peranti ini – mod permua kini menggunakan nama Pro Gaming. Jadi ada kemungkinan besar, tiada lagi penggunaan nama pasukan e-sukan ini untuk peranti OnePlus.

Ini mungkin bukan perkara penting, kerana Fnatic hanya sekadar nama untuk menunjukkan yang peranti OnePlus cukup baik untuk permua dan mereka tidak perlu hadir dengan peranti gaming tersendiri. Tetapi adakah dengan berhenti kerjasama dengan Fnatic OnePlus akan hadir dengan pesaing Black Shark atau Asus ROG Phone.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.