Tiga tahun yang lalu OnePlus X dilancarkan dan menjadi peranti kelas pertengahan keluaran OnePlus. Ia mempunyai rekaan kaca premium serta pemproses Snapdragon 801 yang sebenarnya agak berkuasa. Kami memuji peranti ini tetapi nampaknya sambutan dari pengguna terhadapnya adalah rendah.

CEO OnePlusĀ  Pete Lau mendedahkan bahawa kegagalan jualan OnePlus X adalah penyebab mengapa syarikat ini hanya menumpukan kepada penghasilan peranti mercu sahaja buat masa ini. Majoriti peminat OnePlus memilih untuk membeli model mercu yang memberikan nilai yang lebih baik berbanding OnePlus X pada waktu tersebut.

Dengan pengakuan ini nampaknya impian peminat OnePlus untuk melihat peranti kelas pertengahan kedua dari syarikat ini tidak akan menjadi kenyataan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.